Pendaftaran Ejen Qurban Ruwaq Jawi
BANTU RUWAQ JAWI REALISASIKAN IMPIAN
MEMILIKI BANGUNAN SENDIRI TAHUN INI
Seperti kalian sedia maklum, Ruwaq Jawi sedang menyertai program qurban di negara miskin dan majoriti umat islam di Benua Afrika. Kita bekerjasama dengan YAYASAN BUDI IHSAN MALAYSIA (YBIM).
Oleh itu, kami amat memerlukan sokongan yang kuat dari pencinta dan pendokong RUWAQ JAWI untuk mengambil bahagian dalam usaha mempromosi dan menyebarluaskan lagi maklumat berkaitan inisiatif Qurban Ruwaq Jawi di bumi Afrika ini.
Selain kita menjadi asbab kepada kesedaran orang ramai untuk melaksanakan ibadah Qurban yang sangat mulia di sisi ALLAH, PROGRAM QURBAN DI BUMI AFRIKA ini juga turut membantu RUWAQ JAWI utk mendapatkan dana bagi tujuan pembelian bangunan Pusat Pengajian Ruwaq Jawi yang kita sama-sama kita impi dan cita-cita kan. Moga ALLAH rahmati usaha jariah dan jihad kita ini.
Hasrat kami adalah; disamping anda membantu promosi qurban utk dana pembelian bangunan Ruwaq Jawi ini, anda para ejen juga dapat menjana pendapatan sampingan menerusi inisiatif ini.
Namun...bagi memastikan impian & usaha ini dapat direalisasikan dan berjalan dengan lancar, komitmen penuh dari setiap ejen adalah sangat penting.
Justeru, yuran komitmen (yang sangat minima) akan dikenakan sebagai tanda komitmen penuh anda untuk berusaha membuat promosi dan mendapatkan peserta qurban demi membantu saudara kita di Afrika & dana pembelian bangunan Ruwaq Jawi.
Yuran Komitmen : RM10
Yuran ini juga akan digunakan bagi menampung kos operasi & pengurusan sistem affiliate ejen
Setelah kalian mendaftar sebagai Ejen Qurban Ruwaq Jawi, anda akan mendapat penerangan tentang strategi dan kaedah promosi supaya kita semua lebih faham dan jelas bagaimana sistem ejen ini berfungsi.
Segala kerjasama dan kesungguhan para pencinta dan pendokong ruwaq jawi ini kami dahului dengan jutaan terima kasih. Moga ALLAH merahmati usaha dan cita-cita kita untuk memiliki bangunan sendiri RUWAQ JAWI sebagai pusat melahirkan cendekiawan dan ulama' yang soleh, faqeh serta amanah dengan ilmunya
DAFTAR &
Buat pembayaran
Yuran Komitmen
RM10 di bawah